Sukarelawan UTeM bantu pulihara Pulau Bidong, Terengganu

Masa Membaca:57 Saat

DURIAN TUNGGAL 14 Oktober – Sukarelawan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pulau Bidong, Terengganu, baru-baru ini berteraskan sikap cakna keindahan, memulihara flora dan fauna

Naib Canselor UTeM Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin yang turut menjayakan program itu berkata, seramai 40 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar mengambil bahagian dalam program CSR itu.

Katanya, penglibatan pelbagai lapisan warga UTeM daripada pengurusan tertinggi, kakitangan profesional dan sokongan selain serta pelajar membuktikan semangat kesukarelawanan dalam melaksanakan kebajikan tidak pernah mengira pangkat atau status.

“Pembersihan sampah meliputi sepanjang pantai Pulau Bidong sehingga ke tapak peninggalan Kem Pelarian Vietnam, usaha ini selari dengan kesedaran UTeM terhadap kelestarian alam sekitar.

“Antara pengisian utama berimpak lain adalah memberi penekanan terhadap pembangunan jati diri warga UTeM melalui sesi bina semangat dan motivasi,” katanya.

Ujarnya lagi, pelbagai aktiviti menarik lain yang turut melibatkan peserta seperti jejak warisan dan sukan rakyat turut dilaksanakan.

Menurutnya, program itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sekali gus memperkukuhkan hubungan serta jaringan strategik antara kedua-dua universiti awam tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2411
Kongsi :
Previous post UMNO Bahagian mula bersidang hari ini
Next post BN perlu dominan di Putrajaya, mudahkan keputusan penting dilaksanakan – PM
Ubah saiz-+=