Sulaiman bangga Melaka Bebas Berniaga beri limpahan buat rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PAYA RUMPUT 10 Dis – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bangga melihat banyak gerai kecil kini dibuka berkat inisiatifnya memperkenalkan Melaka Bebas Berniaga.

Katanya, walaupun dahulu ada pihak yang kurang senang dengan konsep yang diperkenalkan itu, namun ia kini nyata berupaya membantu rakyat yang terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Hari ini, sebagai pemimpin negeri saya cukup berbangga bila lihat banyak gerai kecil dibuka di tepi-tepi jalan.

“Seperti petang ini, saya ‘terjah’ di kawasan Cheng bagi menyantuni dan bertanya khabar peniaga kecil ini yang lahir daripada konsep ‘Melaka Bebas Berniaga’.

“Kita santuni peniaga, kita selami denyut nadi mereka. Sambil itu, kita juga bantu membeli hasil jualan mereka. Insya-Allah, sama-sama kita bantu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Terdahulu, Sulaiman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput merangkap Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam, Tampoi, Cheng.

Beliau turut menerima kertas cadangan bagi pembinaan sebuah kompleks dan masjid baharu oleh pengurusan masjid berkenaan dan akan mengambil maklum terhadap cadangan yang dikemukakan.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak, termasuk menyerahkan sebuah mesin penyembur wap dan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan jemaah di Masjid As-Salam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

929
Kongsi :
Previous post ‘Tempang’ akibat COVID-19, Harimau Malaya belum patah semangat
Next post Kabinet setuju pengambilan pekerja asing dibuka, meterai MoU dengan Bangladesh
Ubah saiz-+=