Sorting by

×

Sulaiman, delegasi Melaka hadir Majlis Ramah Tamah Walikota Dumai

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DUMAI 10 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama wakil delegasi Melaka menutup Misi Galakan Pelancongan Melaka ke Dumai dan Pekanbaru dengan menghadiri Majlis Ramah Tamah Walikota Dumai, H. Paisal.

Majlis yang diadakan secara santai di kediaman rasmi Walikota itu turut disajikan dengan hidangan makan malam.

Sulaiman bersama rombongan delegasi tiba di kediaman pemimpin masyarakat itu pada jam 8 malam waktu Indonesia.

Terdahulu, Sulaiman yang mengetuai delegasi bergerak dari Hotel Zuri Dumai kira-kira jam 7.40 malam dan tiba di kediaman rasmi Walikota itu pada jam 8.00 malam.

Dalam kunjungan itu juga Sulaiman yang mewakili delegasi Melaka sempat bertukar cenderahati bersama Paisal.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, EXCO Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman, EXCO Kesihatan Dr Muhammad Akmal Saleh dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Saleh, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dan kenamaan lain.

Difahamkan, esok pada jam 9 pagi waktu Indonesia, Sulaiman akan menaiki Feri di Terminal Penumpang Dumai untuk pulang ke Melaka.

Namun, Festival Semarak Pelancongan di Pekanbaru masih giat dijalankan sehingga esok petang sebelum kesemua pempamer serta wakil delegasi yang berkaitan pulang ke Melaka pada Ahad menaiki feri di Terminal Penumpang Dumai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1549
Kongsi :
Previous post Rumah pengantin didatangi ‘tetamu’ tidak diundang
Next post Pemandu kereta maut dirempuh lori pasir
Ubah saiz-+=