Sulaiman lawat Lincoln University College

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KELANA JAYA 21 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali petang tadi telah mengadakan lawatan kerja di Lincoln University College (LUC).

Sulaiman menerusi catatan di Facebook rasminya sebentar tadi memberitahu, ketibaan beliau disambut oleh Presiden LUC Prof Dr. Amiya Bhaumik, Timbalan Naib Canselor Akademik LUC Prof. Datin Dr. Hafizah Che Hassan serta pengurusan kolej universiti berkenaan.

Beliau turut dibawa meninjau bilik pengajian serta kursus ditawarkan oleh kolej universiti itu termasuk dalam bidang perubatan, klinikal, pergigian serta turut dibawa melihat sampel biik rawatan persis di hospital sebenar.

Malah, Sulaiman turut menyatakan hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk meningkatkan kerjasama antara universiti dan kolej di negeri Melaka dengan pusat pengajian tersohor lain termasuk LUC.

“Lawatan ini bagi saya cukup bermakna kerana menjadi hasrat Kerajaan Negeri Melaka sendiri untuk meningkatkan lagi bentuk kerjasama antara universiti dan kolej di negeri Melaka dengan pusat pengajian tersohor lain termasuklah LUC yang menawarkan pengajian peringkat prauniversiti, diploma, ijazah sarjana muda hinggalah ke peringkat kedoktoran.

Dalam catatan tersebut, Sulaiman turut berkongsi, beliau sempat berkongsi aspirasi pembangunan koridor ekonomi baharu negeri Melaka, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

“Sempat jugalah saya berkongsikan aspirasi pembangunan koridor ekonomi baharu negeri Melaka, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

“Manalah tahu, suatu hari nanti LUC sendiri boleh membuka kampus baharu di negeri Melaka yang terletak di koridor M-WEZ!,” tambahnya.

Views:

735
Kongsi :
Previous post MHI-KUIM bincang jalin kerjasama strategik
Next post Amaran ribut petir hampir di seluruh negara hingga 9 malam ini – MetMalaysia
Ubah saiz-+=