Sorting by

×

MHI-KUIM bincang jalin kerjasama strategik

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LINGGI 21 Sept. – Pengurusan Tertinggi Melaka Hari Ini (MHI) mengadakan kunjung hormat bersama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bagi membincangkan kerjasama strategik dalam kesinambungan untuk mencapai aspirasi kerajaan negeri di antara dua sektor tersebut.

Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif MHI Datuk Seri Abd. Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Operasi, Anuar Shaari telah disambut Timbalan Naib Canselor Pengurusan Korporat, Penyelidikan dan Inovasi KUIM Prof. Madya Dr. Afizan Azman serta tetamu lain sekitar jam 10 pagi tadi.

Menerusi sesi perbincangan itu pelbagai langkah telah dicadangkan bagi mempromosi kedua platform sektor milikan kerajaan negeri itu melalui jalinan yang dipertingkatkan.

Menurut Afizan, pelbagai peluang yang perlu direncana antara kedua pihak tersebut membabitkan pelbagai aspek promosi dan pendidikan akademik antara MHI-KUIM.

Katanya, platform pendigitalan MHI telah menjadikan syarikat tersebut sebagai media utama di Melaka merupakan kaedah terbaik bagi mempromosi pendidikan dan perkhidmatan antara kedua pihak tersebut.

“Kita akan teruskan dengan pelbagai cadangan yang dibincangkan termasuk bakal menjalin hubungan baik bersama MHI dalam bidang akademik dengan penganjuran berapa bengkel berkaitan industri media ini.

“Malah, kita juga akan menjalinkan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kedua belah pihak bagi mengukuhkan dua jalinan yang ada ini demi pembangunan dan manfaat bersama pada masa akan datang,” katanya.

Views:

351
Kongsi :
Previous post Festival Layang-layang tetap meriah walaupun PKPP
Next post Sulaiman lawat Lincoln University College
Ubah saiz-+=