Sulaiman ‘poster boy’ BN, dicadang kekal jadi KM

Masa Membaca:57 Saat

MASJID TANAH 5 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dipilih menjadi ‘budak poster’ (poster boy) mewakili Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketetapan itu telah dibuat sewaktu pelancaran jentera parti minggu lalu.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan sebagai ‘poster boy’, bekas ADUN Lendu itu akan kekal menjawat jawatan Ketua Menteri sekali lagi sekiranya BN diberi mandat.

“Kita telah buat keputusan semasa pelancaran jentera partu bahawa ‘poster boy’ ialah Ketua Menteri sedia ada sekarang (Sulaiman).

“Jadi, bila sudah jadi ‘poster boy’, kita tahulah (siapa akan jadi Ketua Menteri).

“Insya-Allah akan kekal satu nama sahaja setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Negeri Angkat BN mewakili kawasan Parlimen Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, BN Negeri Sembilan dan Selangor bakal menjadi negeri angkat bagi lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Masjid Tanah.

Mohamad berkata, tiga DUN yang dijadikan kawasan angkat BN Negeri Sembilan ialah DUN Ayer Limau, DUN Taboh Naning dan DUN Lendu.

Manakala DUN Kuala Linggi dan DUN Tanjung Bidara pula di bawah jagaan BN Selangor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

401
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: Penyandang kerusi tiga penggal tidak lagi dicalonkan BN
Next post Batal sabitan kes liwat: Keputusan rayuan saman Anwar 23 Feb 2022
Ubah saiz-+=