Sulaiman saksi enam ADUN angkat sumpah jawatan
SERI NEGERI 15 Feb – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sulaiman, pada majlis itu seramai enam ADUN telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum.
Sulaiman berkata, angkat sumpah itu diketuai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir merangkap ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman; Exco Perpaduan, Penerangan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.
Diikuti ADUN Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem; ADUN Sungai Rambai
Siti Faizah Datuk Abdul Azis; ADUN Kuala Linggi Rosli Abdullah dan ADUN Bukit Katil Adly Zahari.
Difahamkan, pada Sidang DUN Khas hujung Dis lalu, keenam-enam ADUN ini tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu, termasuk ada di antaranya dijangkiti COVID-19 dan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.