Sulaiman ziarah jenazah bapa Mas Ermieyati

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, berkesempatan menziarahi jenazah bapa kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, hari ini.

Allahyarham Samsudin Md Ali, 72, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi tadi kerana penyakit tua.

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Paya Lebar, Masjid Tanah.

Dalam ziarah tersebut, Sulaiman turut merakamkan ucapan takziah kepada Mas Ermieyati sekeluarga.

“Saya menerima khabar duka apabila dimaklumkan berita mengenai kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Haji Samsudin Md Ali, 72, bapa kepada YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Ayer Keroh, jam 9 pagi ini.

“Saya berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham tengah hari ini dan turut merakamkan takziah kepada Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati sekeluarga.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Salam takziah sekali lagi kepada ahli keluarga Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati. Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, Sulaiman Md Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1005
Kongsi :
Previous post Bapa Mas Ermieyati meninggal dunia
Next post Mesyuarat Kabinet tergempar petang ini
Ubah saiz-+=