Sultan Ibrahim berkenan hadiri jamuan teh bersama rakyat Melaka

Masa Membaca:58 Saat

SERI NEGERI 4 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Melaka pada Majlis Pemahsyuran Masjid Sultan Ibrahim dalam tempoh keberangkatan tiba baginda di negeri ini dijadual pada 14 hingga 16 Jun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai pengisian program dirancang Kerajaan Negeri selepas Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli mengadakan lawatan rasminya di Melaka dalam tempoh itu.

“Pelbagai acara menarik telah telah dirancang dan diatur sempena keberangkatan tiba Baginda Tuanku seperti Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim serta Jamuan Teh bersama Rakyat Negeri Melaka.

“Pada kesempatan ini, mewakili Kerajaan Negeri, saya mengalu-alukan semua untuk hadir ke Melaka bagi memeriahkan Pameran Lagenda Hang Tuah pada 10 Jun ini serta Malaysia Bike Week dan Pameran Aset Automotif Yang di-Petuan Agong bakal berlangsung 15 Jun ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Taat Setia Ketua Menteri bersempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Bagi Penggal Ke-2 di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

427
Kongsi :
Previous post Tun Dr. Mohd Ali ucap tahniah kepada Ketua Menteri
Next post Statistik pelancongan Melaka mendahului negeri lain
Ubah saiz-+=