
Suri rumah ditemukan maut dengan kesan jerutan di leher
KUANTAN 15 Ogos – Seorang suri rumah ditemukan maut dengan kesan jerutan di leher dikediamannya di Indera Mahkota di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata wanita berusia 28 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur rumahnya oleh suami mangsa kira-kira 7.30 malam tadi.
“Sebelum itu, bapa mangsa membuat satu laporan polis berhubung kehilangan wanita berkenaan pada 3.25 petang semalam.
“Pengadu membuat laporan selepas mangsa gagal dihubungi dan kali terakhir berhubung melalui pesanan Whatsapp pada 8.30 pagi hari yang sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata mangsa tinggal bersama suami warga China yang bekerja sebagai penyelia kilang, anak lelaki berusia tiga tahun dan adik ipar perempuan berumur lapan tahun.
Wan Mohd Zahari berkata mayat dibawa ke unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa dipercayai dibunuh dalam rumah oleh suspek dengan menjerut leher si mati. Susulan ini, polis menahan reman tiga lelaki dan seorang perempuan berumur 27 hingga 62 tahun yang juga ahli keluarga mangsa untuk disoal siasat. Reman bermula hari ini,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
