Syarikat simpan sisa toksik didakwa

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH, 5 Jan – Syarikat kontraktor yang menyimpan tong sisa toksik dan bahan berjadual di Kampung Pengkalan Perigi, Tanjung Keling memerlukan masa 45 hari bagi mengosokan tapak haram itu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Rosli Othman berkata pihaknya sudah mengesan syarikat kontraktor berkenaan dan mendapat arahan afivadit daripada mahkamah untuk mengarahkan syarikat kontraktor berkenaan membersihkan kawasan yang dijadikan tapak haram bahan terbabit.

Katanya, kerja-kerja pembersihan bagaimanapun sudah dijalankan secara berperingkat sejak 29 Disember lalu dan syarikat terbabit memerlukan masa 45 hari untuk mengosongkan kawasan itu daripada sisa toksik dan bahan berjadual.

“Kita mintak pihak terlibat menjalankan kerja pembersihan dan membawa keluar semua bahan-bahan itu serta melupuskan di lokasi yang berlesen.

“Syarikat itu sudah dikenal pasti dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan kita sudah mendapat tarikh izin untuk mendakwa syarikat tersebut mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) dalam lawatan kerja JAS ke pejabat MHI di sini hari ini.

Sebelum ini, MHI melaporkan JAS berjaya membongkar stor penyimpanan sisa toksik dan bahan berjadual itu hasil aduan orang ramai.

Dalam serbuan pada Oktober tahun lalu, JAS menemukan sebanyak 900 tong dram, enam tangki ‘intermediate bulk containers’ (IBC), tujuh tong tercemar dan lima buah tangki simpanan minyak ditinggalkan di gudang berkenaan dalam satu tempoh yang masa yang agak lama.

Views:

391
Kongsi :
Previous post Syarikat arang batu diberi dua pilihan jika mahu terus operasi
Next post Mangsa banjir di beberapa negeri berkurang, Johor, Pahang catat peningkatan
Ubah saiz-+=