Syarikat sisa pepejal peruntuk RM30,000 bantu masyarakat Cina beraya

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

SERI NEGERI 8 Februari – Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, syarikat konsesi sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) mengambil inisiatif menyalur sumbangan berjumlah RM30,000 kepada masyarakat Tionghua yang memerlukan.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam berkata jumlah itu diperuntukkan untuk diagihkan kepada masyarakat Cina yang kurang berkemampuan sebagai persediaan menyambut perayaan itu Sabtu ini.

Katanya, seramai 200 keluarga akan menerima baucar tunai sebanyak RM150 bagi membolehkan setiap keluarga itu berbelanja di rangkaian Speedmart di seluruh Melaka.

“Jumlah sumbangan sebanyak RM30,000 itu disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan akan diagihkan mengikut senarai penerima daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

“Inisiatif ini sebagai usaha SWM Environment memberi semula sumbangan kepada komuniti, di samping melaksanakan tanggungjawab dalam aspek pengurusan, pembersihan serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek berjumlah RM30,000 kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Komunikasi Korporat SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Nurul Liza Mohd Najib dan Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat SWM Environment Melaka, Noor Che Wah Ramli.

Mengulas lanjut, Mohd Norlisam berkata sumbangan seumpama itu bukan sahaja diberikan kepada golongan memerlukan pada perayaan Tahun Baharu Cina, malah pihaknya turut menyalurkan pada perayaan utama lain.

“Sumbangan yang disalurkan adalah pelbagai dan kaedahnya berbeza setiap tahun, namun tahun ini kita berikan baucar tunai supaya masyarakat Cina boleh berbelanja barang keperluan di kedai serbaneka tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post Dari cuba nasib, kepada johan kampung laman indah
Next post Gugur Ahli Majlis tak capai KPI – KM
Ubah saiz-+=