Sorting by

×

Syok dapat lepas ‘gian’ kayuh

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

TANJUNG BIDARA 24 Julai – Penganjuran Fun Ride ‘Grill Challenge’ DUN Tanjung Bidara, menjadi medan pemanas badan buat peminat sukan basikal lasak yang datang dari seluruh negara.

Program berlangsung di JAPERUN Tanjung Bidara itu disertai lebih 700 kaki kayuh sekitar Melaka selain ada yang datang dari Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Peminat sukan basikal lasak Zainal Muhammad, 59, berkata, kayuhan sejauh 32 kilometer itu memberikan keseronokan selepas hampir dua tahun tidak dianjurkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika PKP terpaksa kayuh secara sembunyi-sembunyi, hari ini boleh pecut dan tidak perlu risau bertembung pihak berkuasa.

“Kami kayuh secara santai sahaja, bukan mahu kejar hadiah tapi melepaskan gian, mencari keseronokan kerana sudah lama tidak ada penganjuran program seperti ini, kemeriahan terasa dengan kehadiran ramai peserta.

“Saya amat berharap lebih banyak penganjuran seperti ini diadakan kerana ramai peminat sukan basikal lasak yang menunggu untuk mengambil bahagian,” katanya.

ZAINAL

Sementara itu Zulfiqar Zainal akbar, 37, berharap program kali ini menjadi permulaan kepada lebih banyak penganjuran pertandingan sukan basikal lasak di Melaka.

Malah beliau, memuji pihak penganjur yang berjaya melaksanakan progran itu dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini selain amat mementingkan keselamatan peserta.

“Sudah lama tidak kayuh, agak penat terutama ketika menempuh cabaran tanah merah dalam ladang kelapa sawit di laluan ‘off road’.

“Turut serta bersama saya beberapa lagi rakan baru berjinak-jinak dalam sukan basikal ladak dan ini adalah satu pendedahn yang amat bagus untuk mereka.

ZULFIQAR

“Mereka dapat merasai suasana sebenar pertandingan yang jauh berbeza dengan kayuhan secara berkumpulan yang kami adakan sendiri sebelum ini ketika berlatih,” katanya.

Terdahulu peserta dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1502
Kongsi :
Previous post Permintaan ke atas minyak sawit Malaysia kekal walaupun Indonesia batal levi eksport
Next post 2,000 serbu JAPERUN Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=