2,000 serbu JAPERUN Tanjung Bidara

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

TANJUNG BIDARA 24 Julai – Penganjuran empat program serentak memeriahkan suasana sekitar Dewan JAPERUN Tanjung Bidara pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Fun Ride Grill Challenge menjadi acara utama, diikuti, Kejohanan Futsal, Pertandingan e-Sukan dan Pertandingan mewarna bagi murid Tabika Kemas.

Katanya, kehadiran membabitkan 2,000 orang termasuk 1,000 adalah dalam kalangan peserta pertandingan yang dianjurkan.

 

Ab Rauf berkata, 700 penyertaan membabitkan aktiviti sukan basikal lasak, futsal disertai 16 pasukan, e-Sukan 32 pasukan, manakala 100 murid Tabika Kemas mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna.

Menurutnya, program diadakan bukan setakat memeriahkan suasana hujung minggu sebaliknya mempromosikan lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Katanya, bagi memberikan cabaran kepada peserta, aktiviti basikal lasak turut membabitkan trek ‘off road’ yang melalui kampung-kampung sekitar Tanjung Bidara.

“Selain memperkenalkan DUN Tanjung Bidara kepada pengunjung luar, penganjuran program ini juga bertujuan menghargai anak muda dan seluruh penduduk kawasan ini.

“Pihak penganjur turut menyediakan hadiah menarik kepada peserta semua pertandingan. Selain itu pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi cabutan bertuah yang diadakan,” katanya.

Jelasnya, pemenang tempat pertama pertandingan fun ride membawa pulang wang tunai RM1,500, tempat kedua RM1,000 manakala tempat ketiga RM500.

“Terima kasih saya ucapkan kepada penduduk DUN Tanjung Bidara, peserta dan semua pihak yang bersama-sama hadir memeriahkan penganjuran program hari ini,” katanya.

Terdahulu, Ab Rauf melepaskan peserta fun ride pada jam 8 pagi dan pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Peserta e-sukan menunggu pertandingan dimulakan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1895
Kongsi :
Previous post Syok dapat lepas ‘gian’ kayuh
Next post Kerajaan negeri terima cadangan dan kritikan belia
Ubah saiz-+=