Tabahnya hati mu anak…

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

PANTAI KUNDOR 13 Ogos – “Allah sayang papa. Ini ialah ujian. Mama sayang papa. Mama
nangis sampai semput. Orang pun nangis. Orang sayang papa.”

Demikian luahan hati Adriana Darsya, 10, mengenai arwah ayahnya, Norizuwan Omar, 34, yang meninggal dunia dunia akibat pandemik COVID-19 pada awal pagi Isnin lalu.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Tanjung Kling dekat sini itu melakarkan luahan hatinya menggunakan pensel dan kertas kerana terlalu merindui arwah bapanya.

ADRIANA DARSYA tekun mencoretkan isi hatinya atas pemergian bapanya. Foto -ihsan Nurhaffizzah Jamal.

Ibunya, Nurhaffizzah Jamal, 34, berkata sejak pemergian suami yang lebih mesra dengan panggilan ‘papa’ dalam kalangan dia dan Adriana serta anak bongsunya, Aleesya Qaisarah berusia enam tahun, Adriana lebih banyak menghabiskan waktu dengan menulis dan melukis.

“Adriana meluahkan rasa hatinya melalui pensel dan kertas bagi melakarkan betapa dia amat kasih akan arwah bapanya.

“Saya terpaksa menjelaskan kepadanya papa sudah tiada dan tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling hari ini.

Nurhaffizzah berkata, selain melukis gambar arwah, kedua-dua anaknya mengguntingnya untuk dilekatkan pada buku.

CORETAN dan lukisan dihasilkan Adriana Darsya untuk arwah bapanya. Foto -ihsan Nurhaffizzah Jamal.

Arwah Norizuwan meninggal dunia selepas mengadu sakit dada di kediamannya kira-kira jam 6.50 pagi Isnin lalu selepas disahkan positif COVID-19 melalui ujian calitan pada 4 dan 6 Ogos lalu tetapi hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Pada peringkat awal, arwah dilaporkan hanya mengadu sakit dada tetapi mengalami batuk yang teruk dan sakit dada semakin serius pada jam 6 pagi Isnin lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam longkang
Next post Utamakan vaksin pada penjaja, peniaga pasar – Ismail
Ubah saiz-+=