Utamakan vaksin pada penjaja, peniaga pasar – Ismail

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 13 Ogos – Penjaja kecil serta peniaga pasar di negeri ini perlu diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Exco Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Wira Ar Ismail Othman berkata, ia berikutan mereka terpaksa berhadapan dengan ramai pelanggan pada setiap hari.

“Saya lihat dalam peruncitan termasuk penjaja, pekedai di kampung dan pasar juga perlu dipercepatkan suntikan vaksin.

“Kerana di pasar ini jumlah orang yang datang ramai dan rata-rata pelanggan yang dapat kontak positif datangnya dari tempat ini,” katanya.

ISMAIL tegaskan penjaja kecil serta peniaga pasar di negeri ini perlu diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksinasi Industri (PPVIN) RiVAC di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, hari ini.

Tegasnya, golongan itu juga wajar diberikan keutamaan menerima vaksin supaya mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan COVID-19.

“Keutamaan kena berikan pada mereka, kalau kita lihat hari ini pekerja-pekerja industri pun dah lebih 30,000 orang disuntik.

“Jadi kenapa tidak pekerja-pekerja, penjual di pasar atau penjaja yang ada ini perlu dipercepatkan juga vaksin.

“Tindakan perlu diambil oleh agensi ataupun badan-badan berkaitan supaya lebih ramai warga Melaka menerima vaksin,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

432
Kongsi :
Previous post Tabahnya hati mu anak…
Next post Sambut baik program RiVAC di Melaka
Ubah saiz-+=