
Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam longkang
JOHOR BAHRU 13 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah longkang besar di kawasan Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada kira-kira 5.15 petang mengenai seorang kanak-kanak lelaki telah terjun dan berenang di dalam longkang besar ketika alirannya deras akibat hujan.
“Rakan-rakan mangsa telah menasihatinya supaya tidak terjun tetapi mangsa tetap terjun untuk bermain air tanpa menyedari arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rupiah berkata anggota Angkatan Pertahanan Awam berjaya mengeluarkan kanak-kanak itu dari longkang tersebut yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Jenazah kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.
Beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian itu setakat ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
