
Tabika Perpaduan secara bersemuka bermula Isnin
PUTRAJAYA 27 Feb. – Pembukaan semula semua Tabika Perpaduan secara bersemuka di seluruh negara bermula Isnin depan adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan pada 19 Februari lalu, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memastikan pengoperasian Tabika Perpaduan tertakluk kepada pematuhan ketat garis panduan pembukaan semula prasekolah, garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau mengingatkan guru agar sentiasa memastikan murid-murid Tabika Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
“Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan sepanjang tempoh pengoperasian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 19 Februari lalu mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19, akan bermula pada 1 Mac ini.
Keputusan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hinggat Tahun Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAPANG PADI MELAKA SUMBANGAN LEBIH 6,000 TAN PENGELUARAN
SERI NEGERI 9 Disember - Keluasan tanaman padi di Melaka bagi tempoh Januari hingga November 2025 mencatatkan sebanyak 1,590.36 hektar...
WCE: LALUAN SEPANJANG 69 KILOMETER, WUJUDKAN ENAM PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Pelaksanaan projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bukan sahaja mewujudkan jaringan sistem perhubungan jalan raya lebih...
INISIATIF RM50,000 BAIK PULIH, NAIK TARAF FASILITI SUKAN SETIAP DUN DI MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan peruntukan RM50,000 bagi melaksanakan kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan...
MELAKA SALUR BANTUAN KEWANGAN BULANAN, CAKNA KEPERLUAN WARGA EMAS
SERI NEGERI 9 Disember - Bantuan kewangan RM500 disalurkan Kerajaan Negeri kepada warga emas bagi memastikan kebajikan golongan itu terjamin,...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPHTJ LAKSANA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR LEBIH MENYELURUH
SERI NEGERI 9 Disember - Peningkatan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 memberi ruang lebih...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 LULUS
SERI NEGERI 9 Disember – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, meluluskan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan...
