Taja asnaf belajar al-Quran

Masa Membaca:59 Saat

MERLIMAU 18 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau membuka tawaran menaja 50 tempat bagi asnaf yang berminat untuk menguasai kemahiran membaca al-Quran.

Muhamad Akmal Saleh berkata, inisiatif dijalankan selaras dengan penubuhan Akademi al-Quran Pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang sudah mula beroperasi.

“Alhamdulilah impian kita semua untuk mewujudkan akademi al-Quran pertama di dalam DUN Merlimau tercapai juga.

“InsyaAllah kepada mana-mana asnaf dalam DUN Merlimau yang ingin belajar membaca dan mengenal al-Quran kita akan ‘sponsor’ (taja) 50 tempat pertama secara percuma tidak mengira usia.

“Boleh hantar mesej kepada saya atau datang terus ke Akademi al-Quran An-Nur di Taman Merlimau Permai,”katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya 16 Julai lalu.

Menurutnya, akademi itu diuruskan ustaz dan ustazah bertauliah bertujuan membuka peluang kepada anak-anak lepasan jurusan agama yang menunggu tawaran pekerjaan menabur khidmat sebagai menjadi tenaga pengajar.

“Tidak kira usia, kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas, jika ada keinginan untuk menguasai al-Quran kita terima. Yuran minimum bagi,” katanya.

ends//

sponsor 1- DR Muhamad Akmal bergambar bersama pihak pengurusan Akademi al-Quran An-Nur di Taman Merlimau Permai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1507
Kongsi :
Previous post Penunggang motosikal maut rempuh kereta
Next post Pulau Konet: Selesaikan isu sampah jadi fokus utama
Ubah saiz-+=