Taman perumahan baharu 50 unit ke atas wajib ada tangki perkhidmatan
SERI NEGERI 15 Disember – Pemaju projek perumahan baharu yang berkapasiti 50 unit ke atas, wajib menyediakan tangki perkhidmatan sendiri.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata, ketetapan baharu itu dilakukan bagi mengelakkan berlaku tekanan air rendah di kawasan sekitar disebabkan kewujudan projek perumahan baharu.
“Sebelum ini, kita berdepan masalah yang mana air tidak sampai ke peringkat hujung ekoran tekanan itu diambil oleh perumahan-perumahan baharu.
“Sebab itulah perlunya ada satu tangki baharu iaitu yang kita beri nama tangki perkhidmatan yang mana Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri menetapkan mekanisme membetulkan isu tekanan air rendah ini.
“Jadi eksesais yang kita lakukan ialah pembinaan taman perumahan yang berkapasiti 50 unit ke atas perlu disertakan tangki (perkhidmatan), namun di bawah 50 unit tidak perlu tangki tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Seah Shoo Chin (PH-Kesidang) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ECO CRUISE SUNGAI LINGGI JADI PILIHAN PELANCONG HUNGARY
AYER LIMAU 6 November - Melaka yang terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan terus menjadi pilihan pelancong dari luar negara sebagai...
TREK MONOREL JADI LALUAN PEJALAN KAKI
AYER KEROH 6 November - Satu produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan pejalan kaki menggunakan trek monorel di Jalan Tun Ali...
MPAG LAKSANA 37 OPERASI TERNAKAN BERKELIARAN
ALOR GAJAH 6 November - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus mempergiatkan Operasi Ternakan Berkeliaran dan terbaharu lima ekor kerbau...
BUKIT BESAR JADI ‘PORT HIKING’ BARU
AYER KEROH 6 November - Menyajikan pemandangan indah Bandaraya Melaka, itu antara keistimewaan Kampung Bukit Besar yang berpotensi untuk dimajukan...
LINNAS LAHIRKAN ASNAF BERKEMAHIRAN
AYER KEROH 5 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa agensi dan institusi latihan dalam...
GRADUAN UTEM NIKMATI GAJI PREMIUM
AYER KEROH 5 November - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi dan bergaji premium selari dengan...