Sorting by

×

Tanam 400 anak pokok bakau kurap, pulihkan kehijauan Tanjung Tuan

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

TANJUNG TUAN 11 Jun – Sebanyak 400 batang anak pokok bakau kurap berjaya ditanam di lokasi bekas tumpahan minyak, Hutan Paya Bakau Tanjung Tuan, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah berkata, ia sekali gus menjadikan sebanyak 1,100 batang pokok berjaya ditanam dalam usaha penanaman semula menerusi pelbagai kempen dilaksanakan sejak tahun lalu.

Beliau berkata, Program HANYA SATU BUMI yang diadakan itu membabitkan seramai 250 sukarelawan membabitkan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal dan agensi kerajaan terlibat.

“Program diadakan hari ini seiring bagi meraikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) yang disambut bertemakan ‘Only One Earth’ bagi peringkat Negeri Melaka.

“Terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan progam kali ini termasuk usaha dari kerjasama Jabatan Alam Sekitar negeri, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dalam perlaksanaan program kali ini.

“Dalam pelan tindakan dan mitigasi kerajaan untuk jangka masa pendek dan panjang menghadapi perubahan iklim dunia, negara akan mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan negara melalui kaedah Natural Based Solution seperti mensasarkan penanaman 100 juta batang pokok menjelang tahun 2025.

“Sehingga 31 Mei 2022, di Melaka telah berjaya menanam pelbagai jenis pokok sebanyak 224,378 pokok di seluruh negeri sejak kempen ini dilancarkan pada tahun 2021,” katanya.

ROSLI bergambar bersama sebahagian sukarelawan selepas menanam anak pokok bakau kurap di lokasi tumpahan minyak Pantai Cermin.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian program berkenaan diadakan di Tanjung Tuan, di sini hari ini.

Program diadakan sejak 7 pagi tadi turut menjalankan program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) membabitkan beberapa lokasi termasuk di trek laluan pejalan kaki Rumah Api Tanjung Tuan dan sekitar Pantai Cermin.

Menerusi misi berkenaan lebih 30 kilogram sampai berjaya dikutip di seluruh kawasan berkenaan membabitkan pelbagai jenis bahan buangan terutama sisa plastik dan pepejal lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2036
Kongsi :
Previous post Polis cari saksi kemalangan maut di NKVE
Next post EXCO nasihat pengusaha restoran viral jangan amalkan budaya ‘kahau’
Ubah saiz-+=