Tarikan belon udara di Klebang

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TABOH NANING 18 Jun – Tarikan belon udara panas akan menjadi antara produk baharu pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, produk baharu itu dijangka akan ditempatkan di Klebang sekali gus mampu memeriahkan kawasan berkenaan.

“Kita akan memperkenalkan pelbagai produk pelancongan yang akan dijadikan tarikan pelancong pada tahun hadapan  di mana yang utama adalah tarikan belon udara panas yang dijangka akan beroperasi di Dataran 1 Malaysia.

“Malah kita akan perkenalkan lagi produk-produk baharu lain bagi memeriahkan kedatangan pelancong ke Klebang seperti tarikan kedai-kedai butik baharu seperti H&M dan Uniqlo.

“Mungkin dengan penambahan elemen pelancongan ini kita menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri akan meningkat dua peratus daripada sektor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan butik Coach Airways di A Famosa Freeport Outlet (FAO), di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam, Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidirah Abu Zahar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Turut sama, Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar, Pengarah Urusan FAO, Datuk Julian Lau serta tetamu lain.

Beliau turut menambah, satu festival layang-layang turut diadakan bagi memeriahkan lagi TMM2024 akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1993
Kongsi :
Previous post KD Hang Tuah dipamer di Melaka sempena TMM2024
Next post Malaysia negara makmur tetapi banyak ‘bocor’ – Anwar
Ubah saiz-+=