
Tarikh tutup permohonan geran pembaikan hotel bajet dilanjutkan sehingga 30 Jun
Sebelum ini, permohonan bagi geran tersebut dibuka dari 25 Mei hingga 15 Jun.
MOTAC dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanjutan berkenaan bagi memastikan geran padanan itu dipohon oleh pengusaha yang layak dan yang tidak berpeluang untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini.
“Dengan pelanjutan tarikh tutup ini, mana-mana pengusaha hotel bajet bertaraf satu dan dua bintang yang layak masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk dipertimbangkan kelulusan,” menurut MOTAC.
Permohonan geran padanan boleh dilakukan menerusi laman https://www.motac.gov.my/geran-padanan.
MOTAC berharap pemberian geran padanan itu dapat membantu pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis mereka bagi menarik lebih ramai pelancong datang menginap.
Melalui pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan geran padanan sebanyak RM30 juta bagi tujuan pembaikan Inap Desa (Homestay) dan Hotel Bajet di bawah MOTAC. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...

