Tawar peluang pekerjaan melalui Pusat Satelit Luar Bandar

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

BEMBAN 23 Dis – Pusat Satelit Luar Bandar akan ditubuhkan bagi menawarkan pelbagai pekerjaan kepada rakyat Melaka sekali gus mencapai hasrat kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Abdul Razak Omar berkata, setakat ini pihaknya menumpukan tiga kawasan di luar bandar iaitu di Kampung Tehel, Paya Rumput dan Alor Gajah sebagai lokasi pusat tersebut.

Jelasnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Pusat Daerah Komuniti (PDK) bagi menjalankan fungsi utama pusat berkenaan iaitu sebagai lokasi sesi temu duga, selain hab untuk mencari peluang pekerjaan.

“Pusat satelit ini akan menjadi asas kita lebih mendekati masyarakat dalam membantu mereka di kawasan tersebut sekali gus akan memudahkan mereka.

“Kita harap pusat setelit ini dapat membantu di kawasan yang lebih terpencil supaya mereka akan dapat akses kepada MyFutureJob dan kita juga akan adakan sesi temu duga pekerjaan yang bukan saja kita fokus kepada kawasan bandar tapi kita juga fokus di kawasan kawasan yang lebih terpencil,” katanya.

Pengarah PERKESO Melaka, Abd Razak Omar. Foto: MR. Azli

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas menghadiri Mini Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka diadakan di Mydin Jasin, di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, pusat satelit itu tidak akan terhad kepada sektor-sektor tertentu, sebaliknya ia akan dibuka secara meluas kepada semua majikan.

Malah katanya, inisiatif itu juga seiring bagi membantu majikan di negeri ini yang sukar untuk mendapatkan pekerja selepas dilanda pasca penularan pandemik COVID-19.

“kami tidak terikat kepada sektor-sektor yang ada sahaja tetapi kami fokus kepada semua majikan kerana majikan sekarang ini mereka sangat terkesan untuk mencari pekerja dan kalau boleh kami ingin membantu semua majikan di negeri ini untuk mendapatkan pekerja.

“Kepada semua pencari pekerjaan terutama kepada para lepasan graduan mereka perlulah mengambil peluang dan kesempatan ini kita telah memberi banyak peluang kepada mereka untuk mereka, cuma mereka perlu datang untuk mengambil peluang ini, itu yang kita harapkan dari mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1079
Kongsi :
Previous post KM sampaikan sumbangan kepada 56 mangsa banjir di Alor Gajah
Next post 10,000 sukarelawan YADIM dikerah bantu mangsa banjir
Ubah saiz-+=