Tawaran harga murah di HPPNM

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Pelbagai barangan basah ditawarkan pada harga lebih murah sepanjang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka (HPPNM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang berakhir esok.

Ayam mentah ditawarkan pada harga RM7 satu kilogram (kg), Ikan Rakyat QFISH RM5 satu kg, sementara itu sayur-sayuran dijual mengikut tiga pakej iaitu pakej A RM5, pakej B RM10 dan pakej C RM20.

Manakala telur sepapan dijual pada harga RM10 yang mana harga pasaran adalah RM12.30.

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, HPPNM menjadi medium mempromosikan produk dan hasil pertanian terus dari ladang.

Abdul Razak berkata, pelbagai insentif dan bantuan telah diberikan bagi membantu para peladang, penternak dan nelayan sekitar Melaka sepanjang tahun ini.

“Pelbagai insentif telah diberikan oleh kerajaan negeri dalam membantu golongan petani dan penternak di bawah kategori B40 dan sepanjang tahun 2022 sebanyak RM1.176 juta telah diperuntukkan kepada 1,176 nelayan berlesen.

“Bagi memperkasakan pemasaran sektor agro makanan, seramai 150 peniaga telah dipilih untuk menyertai Melaka Agro Market (MAM).

“Menerusi program ini orang ramai dapat membeli produk ladang pada harga lebih rendah secara terus di 50 lokasi seluruh Melaka,” katanya ketika berucap pada sambutan HPPNM di MITC, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah, EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1360
Kongsi :
Previous post MySejahtera: Kemaskini terbaharu bantu pengguna lihat, pantau tahap kesihatan
Next post Anggota polis parah dilanggar penjenayah di Kulim
Ubah saiz-+=