Teater Bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang kembali selepas enam tahun

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 11 November – Pementasan Teater Bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang akan kembali menemui peminat pada 25 dan 26 November ini di Panggung Sari, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka, Ayer Keroh.

Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Elias berkata, teater bangsawan yang dipentaskan semula itu adalah pengubat rindu buat peminat teater bergenre bangsawan.

Katanya, karya sentuhan pengarah teater terkenal tanah air Lokman Ghani itu diangkat semula selepas kali terakhir dipentaskan di Panggung Bangsawan pada 2016.

“Pementasan semula teater bangsawan ini adalah satu usaha dari Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) kerana tidak mahu genre bangsawan ditelan zaman.

“Hal ini kerana teater yang mengangkat Bahasa Melayu tinggi dan penuh dengan adat istiadat istana itu akan membawa kelainan dan teknik latar belakang akan digunakan seiring dengan teknologi yang terkini, maknanya, pementasan ini akan membawa penonton lebih dekat dengan situasi jika ‘scene’ di hutan, rasa seperti di hutan.

“Dan pementasan teater ini juga menampilkan barisan artis baharu dan lama dengan mengekalkan artis, Datuk Jalaludin Hasan sebagai Sultan Melaka ,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang di Auditorium Tun Sri Lanang, JKKN Melaka, hari ini.

pengarah jkkn
EZLINA

Mengulas lanjut, Ezlina berkata pementasan teater bangsawan itu juga mendapat tajaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi bantuan kewangan geran padanan sektor kebudayaan.

Ia turut mendapat kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Menurutnya, tiket bagi pementasan teater itu sudah mula dijual pada harga RM15 dan RM30 secara dalam talian atau pengunjung juga boleh membeli secara ‘walk in’ di Kompleks JKKN Melaka Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3789
Kongsi :
Previous post Pemandu lori kontena maut dalam nahas babit enam kenderaan
Next post Kursus kemahiran bakal diperluaskan di Masjid Tanah – Abdul Hakim
Ubah saiz-+=