Teknologi beri nafas baru teater bangsawan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 12 November – Teknik pengarahan, olahan naskhah dan persembahan diberikan nafas baharu menjadi kekuatan teater bangsawan Tun Mamat dan Puteri Ledang akan dipentaskan selama dua hari pada 25 dan 26 November ini.

Pengarah teater, Lokman Ghani berkata, bagi pementasan kali ini pihaknya menggantikan ‘backdrop’ dengan skrin ‘LED’ dan ‘props’ 3 dimensi (3D).

Lokman berkata, format pada teater bangsawan kali ini kekal menggunakan bahasa tinggi, penuh adat dan adab.

“Kami memasukkan unsur teknologi agar pementasan nampak lebih hidup. Penceritaan juga dirombak sedikit dengan menambah emosi dan separa komedi.

“Muzik klasik digubah bagi memastikan teater lebih menarik penuh drama,” katanya pada sidang media teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang di Auditorium Tun Sri Lanang Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka yang turut dihadiri Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Elias.

Menurutnya, sejak 2005 teater itu sudah lima kali dipentaskan di beberapa lokasi seperti Istana Budaya, Kuala Lumpur dan Panggung Bangsawan, Melaka.

Katanya, teater itu dipentaskan semula atas permintaan ramai pihak yang tidak mahu ‘genre’ bangsawan lupus atau dilupakan.

“Paling utama kami harap pementasan kali ini dapat menarik minat generasi muda terhadap teater bangsawan, sekali gus tidak ditelan zaman dan pada masa yang sama mencungkil bakat baharu,” katanya.

Tambah Lokman, 90 peratus pelakon adalah muka baharu manakala 10 peratus lagi adalah orang lama seperti Datuk Jalaludin Hassan yang masih dikekalkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2485
Kongsi :
Previous post Hospital Cyberjaya mula operasi hari ini
Next post 5 KPI Shahril Hamdan untuk orang Alor Gajah
Ubah saiz-+=