Terharu pertama kali terima sumbangan sempena Krismas

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 19 Disember – Kegembiraan jelas terpancar di wajah penerima sumbangan beragama Kristian di negeri ini selepas menerima sumbangan disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyambut perayaan Krismas pada 25 Disember ini.

Penerima, P.Mavamani,67, ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI berkata dia bersyukur dan ingin berkongsi keceriaan itu dengan membelanjakan sumbangan tersebut bersama anak tunggalnya.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa mengingati rakyat memerlukan seperti saya, ini adalah kali pertama saya terima sumbangan Krismas.

“Saya akan berkongsi sumbangan ini bersama anak tunggal saya yang tidak bekerja, bagi persiapan sambutan Krismas saya cuma beli sehelai atau dua baju dan selebihnya guna untuk keperluan lain.

“Suami saya sudah meninggal enam tahun lalu, jadi sumbangan yang ada saya akan kongsi bersama anak,” katanya yang bekerja sebagai pekerja am rendah.

WhatsApp Image 2022-12-19 at 5.10.57 PM
MARTHA Angela

Seorang lagi Martha Angela Elly, 71, dari Melaka Baru turut meluahkan nada yang sama bersyukur apabila menerima sumbangan itu untuk menyambut perayaan Krismas.

“Sudah tentu saya gembira menerima sumbangan begini, tak sabar untuk tunggu hari Krismas nanti, boleh lah saya ajak adik-beradik datang rumah raya bersama.

“Lagi pun saya duduk seorang sahaja di rumah, jadi setiap kali perayaan adik-beradik akan datang rumah sambut hari raya bersama…saya tak beli banyak baju tetapi pagi raya itu saya akan masak sedikit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1372
Kongsi :
Previous post Anwar bukti keabsahannya sebagai PM10 di Parlimen
Next post Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik di Tumpat – Polis Kelantan
Ubah saiz-+=