‘Terima kasih untuk sumbangan Krismas’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 18 Disember – Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar pada wajah 200 golongan memerlukan beragama Kristian di negeri ini apabila menerima sumbangan perayaan Krismas, hari ini.

Penerima, Philip James Dias,58, dari Ujong Pasir berkata sumbangan itu sebagai wang tambahan untuk keluarganya membuat persiapan meyambut perayaan itu.

“Ini kali kedua saya terima sumbangan dan setakat ini persiapan Krimas seperti hias rumah dan membuat kuih sudah siap, cuma malam raya nanti kita hanya memasak sahaja.

“Saya tinggal bersama isteri dan seorang anak, rumah ibu mertua sebelah sahaja jadi sudah tentu ramai yang akan datang ke rumah kami nanti.

“Bila ada sumbangan sudah tentu ia meringankan beban saya dan keluarga, lebih-lebih lagi saya yang sudah tidak boleh bekerja akibat menghidapi penyakit kronik kencing manis sejak lima tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Photo 2023 12 18 11 28 01
Penerima, Cheryl De Silva, 33. Foto: MR. AZLI

Manakala, Cheryl De Silva,33, dari Kampung Portugis mewakili neneknya untuk menerima sumbangan tersebut sempena perayaan Krismas.

“Terima kasih Kerajaan Negeri bagi sumbangan untuk nenek saya, dapatlah meringankan beban dia sebab dia perlu membuat dialisis tiga kali seminggu.

“Persiapan Krismas pun sudah siap, lampu rumah sudah pasang dan hanya tinggal persiapan untuk memasak lauk untuk tetamu datang sahaja nanti,” katanya.

Terdahulu Philip James dan Cheryl menerima sumbangan berkenaan pada Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Krismas Negeri Melaka Tahun 2023 yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

785
Kongsi :
Previous post Menara telekomunikasi baharu beri manfaat 4,000 penduduk
Next post 46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong
Ubah saiz-+=