Menara telekomunikasi baharu beri manfaat 4,000 penduduk

Masa Membaca:57 Saat

ASAHAN 18 Disember – Kira-kira 4,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih pantas dengan pembinaan empat menara telekomunikasi baharu.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, menara telekomunikasi itu adalah di Batang Melaka Baru, Bukit Gapis, Bukit Langsat dan Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan.

“Ini antara usaha kita untuk membantu masyarakat di DUN Asahan mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dengan lebih mudah.

“Saya percaya dengan adanya menara baharu ini ia dapat memanfaatkan kira-kira 4,000 penduduk termasuk Orang Asli di kawasan terlibat,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata pihaknya juga telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) untuk membina satu lagi menara baharu.

“Insya-Allah pada tahun hadapan akan ada satu lagi menara telekomunikasi baharu di Kampung Pondok Batang kerana kita terima aduan kawasan ini liputan jalur lebar sangat kurang.

“Kita sudah mohon pada agensi terlibat dan harap ia dapat dilaksanakan demi kemudahan penduduk di kawasan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1939
Kongsi :
Previous post Pegawai kanan polis didakwa bunuh pelajar sekolah
Next post ‘Terima kasih untuk sumbangan Krismas’
Ubah saiz-+=