
Teroka Muzium Penjara waktu malam
BANDA HILIR 2 Jun – Seramai 770 pengunjung dan pelancong mengambil kesempatan penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam untuk merasai pengalaman berada di Muzium Penjara Malaysia Melaka, di sini, semalam.
Terdahulu pelawat diberi penerangan berkaitan Muzium Penjara sebelum dibawa melawat ke sel, bilik asingan, tempat tahanan akhir digantung dan kaedah menguruskan mayat serta melihat demonstrasi hukuman sebat.
Meskipun sudah menginjak jam 12 tengah malam, namun masih ramai pengunjung yang datang untuk mendapatkan tiket masuk.
Selain orang Melaka turut tidak ketinggalan mengunjungi Muzium Penjara adalah pelancong luar yang antaranya dari Johor dan Kedah.
Apa yang pasti lawatan pada waktu malam menawarkan suasana yang jauh berbeza berbanding singgah ke muzium berkenaan pada sebelah siang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG DIGITAL : 80 PERATUS PENDUDUK KAMPUNG PERIGI HANG TUAH ADA QR
DUYONG 31 Mac – Inisiatif Kampung Digital diperkenalkan Kerajaan Negeri terus menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 80 peratus penduduk Kampung...
WRUR PERKASA GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
KEJAYAAN ATAU KELEMAHAN BENTUK PERSEPSI RAKYAT – KM
SERI NEGERI 30 Mac - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kini memasuki fasa pelaksanaan, yang menuntut hasil nyata daripada setiap perancangan...
AGENSI, ANAK SYARIKAT MELAKA DISERU PERBANYAK INISIATIF CSR
SERI NEGERI 30 Mac – Kesemua agensi kerajaan, anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini dituntut untuk...
DERITA ADIK UWAIS DAPAT PERHATIAN MAIM, YB DUYONG
DUYONG 30 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin itulah perumpaan paling tepat menggambarkan derita yang ditanggung...
MOT CADANG PINDA AKTA 333 WAJIBKAN PESALAH DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL BAYAR GANTI RUGI
PUTRAJAYA, 30 Mac - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta...
