Sorting by

×

Teroka potensi esport secara serius – KM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 26 Jun – Pulangan ekonomi yang amat memberangsangkan dalam permainan digital dalam talian atau esport perlu diberikan perhatian semua pihak.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, berharap semua pihak menyokong pertumbuhan, esport yang dilihat turut menjana kreativiti dan potensi diri.

“Dengan sokongan kerajaan dan penaja dalam kalangan syarikat korporat saya yakin esport dapat dikembangkan dalam kalangan belia hingga menjadi seorang pemain profesional.

“Besar harapan saya untuk melihat esport ini menjadi salah satu sukan terunggul.

“Kita mahu sukan digital ini bukan sekadar satu permainan tetapi mampu memberikan pulangan ekonomi besar secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri VP Shanmugam pada Majlis Penutup Kejohanan Melaka Esport Day 2022 di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, malam tadi.

Sulaiman berkata, menerusi bajet negeri Melaka 2022, kerajaan menyediakan RM200,000 bagi penganjuran esport untuk memartabatkan industri sukan baharu ini.

Menurutnya dalam Flagship ke-8 Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035) iaitu ‘Melaka Sejahtera’ yang berhasrat memperkasakan belia dan sukan di negeri ini.

“Suka saya tegaskan kerajaan negeri Melaka sentiasa menyokong semua agenda berkaitan pembangunan industri sukan di Melaka dan Malaysia secara amnya.

“Sesungguhnya, kerajaan Melaka amat menitikberatkan hal pembangunan esport yang juga merupakan cabang dalam industri digital,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1741
Kongsi :
Previous post Talak meragukan dalam media sosial: Laporkan kepada pejabat agama
Next post Mayat remaja lemas di tasik Sarikei ditemukan
Ubah saiz-+=