Tertekan pedal minyak, Kancil rempuh restoran tomyam

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Keadaan tenang di sebuah restoran tomyam di Jalan Puteri Hang Li Po, Bukit Baru, di sini, bertukar cemas selepas sebuah Perodua Kancil merempuh masuk ke dalam premis itu dipercayai akibat pemandunya tertekan pedal minyak.

Kejadian jam 7.15 malam, semalam berlaku selepas pemandu Perodua Kancil lelaki warga emas berusia 66 tahun baru selesai makan di restoran terbabit menghidupkan enjin kereta diparkir di depan restoran berkenaan, tertekan pedal minyak.

Perodua kancil terbabit kemudian merempuh kerusi dan meja di dalam premis sebelum berhenti selepas melanggar bahagian dinding dapur restoran.

KEADAAN dalam restoran berselerak selepas kejadian

Menerusi video berdurasi 54 saat yang tular, jelas kedengaran tangisan mangsa yang trauma dengan kejadian itu yang ditenangkan orang ramai.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, pemandu Perodua Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan namun beberapa pelanggan yang dilaporkan cedera ringan dihantar ke Hospital Melaka dan dirawat di Zon Hijau.

KEADAAN dalam kedai berselerak selepas dirempuh Perodua Kancil

“Kenderaan itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan, kerosakan juga membabitkan kerusi dan meja restoran terbabit.

“Kami meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan selain memanggil saksi bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1930
Kongsi :
Previous post Bekas wartawan hiburan Mustafar AR meninggal dunia
Next post Penduduk Sungai Putat tak tahan hadap banjir setiap tahun
Ubah saiz-+=