
Tertekan pedal minyak, rempuh stesen minyak
PAYA RUMPUT 19 Julai – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba merempuh cermin pintu kedai serbaneka sebuah stesen minyak dalam kejadian di Bukit Rambai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku apabila lelaki terbabit yang selesai mengisi minyak dan hendak meneruskan perjalanan.
“Ketika menaiki kenderaan dan untuk bergerak dia disyaki tertekan pedal minyak lalu hilang kawalan sebelum melanggar kaca pintu premis terbabit.
“Kejadian itu tidak membabitkan orang awam yang lain selain mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut sudah dijalankan pasukan polis di lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian juga kita sudah peroleh daripada pengadu yang juga pemilik premis bagi tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
