Tiada keperluan bekerja dari rumah buat masa ini – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BUKIT PALAH 20 Feb- Semua program rasmi kerajaan negeri termasuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada 28 Feb hingga 4 Mac depan diteruskan seperti biasa.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata perkara itu diputuskan sehingga terdapat ketetapan baharu daripada Jawatankuasa COVID-19 negeri berhubung peningkatan kes harian COVID-19 di negeri itu.

Katanya, buat masa ini tiada keperluan untuk menangguhkan program kerajaan negeri ata pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam.

“Walaupun (varian) Omicron meningkat, namun kesemuanya dalam kategori satu dan kadar penggunaan ICU (Unit Rawatan Rapi) di hospital juga rendah.

“Semua berjalan seperti biasa, kita boleh teruskan bekerja secara bersemuka tiada keperluan BDR.

“Namun, saya akan minta Jawatankuasa COVID-19 untuk berbincang dan putuskan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tapi sebelum itu, semuanya tetap berjalan seperti biasa sehinggalah satu keputusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Melancarkan Program Firmanmu Di Dadaku di Masjid Al Azim hari ini yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Munira M Yusop.

SULAIMAN (tengah) Melancarkan Program Firmanmu Di Dadaku di Masjid Al Azim hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Mufti Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan Exco Kerja Raya, Datuk Rahmad Mariman serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu, beliau dan Munira tiba di perkarangan masjid tersebut kira-kira jam 6.10 pagi bagi menunaikan solat subuh bersama kira-kira 700 jemaah sempena Majlis Subuh Perdana.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Mufti Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan Exco Kerja Raya, Datuk Rahmad Mariman serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

587
Kongsi :
Previous post Wanita maut dikelar dalam pergaduhan
Next post Operasi bazar ramadan dan bazar Aidilfitri belum diputuskan- KM
Ubah saiz-+=