
Tiada kes kematian akibat vaksin
PUTRAJAYA 1 Sept – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan belum ada kes kematian direkodkan yang berkaitan langsung dengan vaksinasi.
Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan berlakunya kematian akibat pengambilan vaksin.
Menurutnya, bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang betul dan sahih, pihaknya akan mengeluarkan data-data berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) secara terus kepada rakyat bermula minggu hadapan.
“Tak ada satu pun kes kematian yang menunjukkan kaitan langsung dengan vaksinasi.
“Tetapi untuk melegakan hati rakyat, kita akan mengeluarkan data-data AEFI bermula minggu depan untuk memberikan maklumat lebih terbuka dan telus,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Jelas Khairy, pihaknya telah melaksanakan pemantauan rapi terhadap kes-kes AEFI bagi memastikan vaksin yang diberi adalah selamat dan tidak ada kes kemudaratan.
Beliau berkata, daripada 34.46 juta dos vaksin yang diberikan sejak bermula Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sehingga 30 Ogos lalu, hanya 0.04 peratus bagi setiap 1,000 dos diklasifikasikan sebagai kes AEFI yang serius.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
