
Tiada pengumuman Kabinet hari ini – PMO
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Senarai barisan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang baharu dilantik Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan diumumkan hari ini.
“Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Banyak pihak membuat spekulasi bahawa senarai nama barisan menteri kabinet itu akan diumumkan hari ini selepas Ismail Sabri menyerahkan senarai cadangannya semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang hari ini.
Kumpulan media dilihat ‘berkampung’ di beberapa lokasi utama kerana menunggu pengumuman itu, termasuk di Istana Abdulaziz dan pejabat perdana menteri di Perdana Putra.
Ismail Sabri tiba di Perdana Putra pada kira-kira pukul 3.40 petang selepas kembali dari Pahang dan hanya melambaikan tangannya kepada petugas media yang menunggu di sekitar bangunan itu.
Ismail Sabri, 61, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos lepas, sebelum ini dilaporkan akan membuat pengumuman mengenai barisan kabinetnya dalam minggu ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
