
“Tiada penukaran tarikh HSN” – Pengarah JBS Melaka
AYER KEROH 2 Okt. – “Setakat ini tiada penukaran tarikh sambutan Hari Sukan Negara (HSN) pada 10 Oktober,” kata Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, Noorman Ramlan.
Menurutnya, sambutan itu dikekalkan sepertimana arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan sekiranya terdapat perubahan ia akan dimaklumkan secepat mungkin.
“Buat masa ini tarikhnya sama saja, bagaimanapun KBS akan memaklumkan sekiranya terdapat penangguhan atau penukaran sambutan tersebut.
“Bagaimanapun, berikutan arahan Ketua Menteri, semua program di peringkat negeri akan ditangguhkan sementara waktu.
“Kita akan ikut segala perubahan dari kementerian dan kerajaan negeri jika perlu menangguhkan program rentetan pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI), hari ini.
Semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengeluarkan kenyataan media kesemua program kerajaan negeri melibatkan Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Melaka dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri ditangguhkan buat sementara waktu.
Tindakan itu dilakukan rentetan terdapat satu kes positif COVID-19 membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau di negeri ini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA GEOPARK UNIK, LAIN DARIPADA YANG LAIN
BANDARAYA MELAKA 4 September - Aspiring Melaka Geopark dilihat mempunyai keunikan tersendiri berbanding geopark lain apabila 29 geotapak yang dikenal...
RKB AI: MELAKA SASAR URUSAN RAKYAT LEBIH PANTAS
BANDARAYA MELAKA 3 September - Sebanyak 20 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) berteraskan kecerdasan buatan (AI) melibatkan 14 jabatan dan...
MAIM TAWAR SEWA TUJUH PREMIS WAKAF DI JONKER WALK SERENDAH RM700
BANDA HILIR 3 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menawarkan sewaan premis wakaf sekitar Jonker Walk dengan kadar serendah...
MELAKA BERPOTENSI JADI GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDARAYA MELAKA 3 September - Melaka berpotensi mencipta sejarah sebagai Geopark Kebangsaan pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia sekiranya berjaya...
MELAKA SASAR SATU JABATAN, SATU PROJEK RKB MULAI TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 3 September - Setiap jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dicadang menghasilkan sekurang-kurangnya satu projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB)...
KEBAJIKAN 400 ORANG ASLI BUKIT PAYUNG DIBELA TANPA KIRA AGAMA
TABOH NANING 3 September - Kebajikan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Payung terus diberi perhatian tanpa mengira latar belakang agama...
