Tidak mengaku lakukan amang seksual terhadap anak

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 1 Dis – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anak kandungnya.

Tertuduh berusia 45 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa kandung dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bagi tujuan seksual.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bukit Rambai pada pertengahan hingga akhir bulan Oktober tahun sama.

Ketika kejadian mangsa berusia tujuh tahun 11 bulan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama keatas mangsa berusia 11 tahun di lokasi sama pada jam kira-kira 2.30 pagi, pada 23 November 2021.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan RM40, 000 diberikan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu kren merayu agar jumlah jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai tanggungan tujuh anak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 5 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula dan lantikan peguam

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

943
Kongsi :
Previous post KKM senarai lapan negara dalam sekatan perjalanan
Next post Agong gusar penularan varian Omicron, nasihat rakyat ambil vaksin, berdisiplin, patuhi SOP – Istana Negara
Ubah saiz-+=