Tiga ikon pelancongan baharu akan dibangunkan di Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 14 Jan – Tiga lokasi pelancongan baharu akan dibangunkan di Daerah Jasin sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron berkata, berkata antara tiga ikon pelancongan itu ialah Jeram Tok Janggut, Bukit Langsat dan Hutan Paya Bakau di Merlimau.

Katanya, ketiga-tiga lokasi terbabit akan diberi tumpuan untuk menaik taraf infrastrukturnya agar menjadi sebuah kawasan rekreasi dan riadah yang berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi.

“Cadangan naik taraf di hutan paya bakau itu meliputi laluan di pintu masuk tanpa menganggu ekosistem, selain itu kita juga telah memohon untuk pelaksanaan program pendidikan untuk masyarakat terutamanya generasi muda.

“Pada msa sama, kita akan membina kolam renang air masin yang dilihat mampu muncul sebagai tarikan baharu di daerah Jasin ini.

“Projek pembangunan infrastruktur di tiga kawasan itu bukan sahaja membawa kebaikan terhadap sektor pelancongan malah secara tidak langsung merancakkan aktiviti ekonomi penduduk dan menarik kehadiran lebih ramai pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Pantai Siring, petang tadi.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan.

Dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu, seramai 300 kakitangan di bawah MPJ termasuk agensi-agensi kerajaan dalam Daerah Jasin bergotong-royong mengutip sampah di sepanjang jajaran Pantai Siring.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1426
Kongsi :
Previous post MUFC sedia beri cabaran hebat musim 2022
Next post Melaka perkenal konsep pasar malam lebih sistematik – Exco
Ubah saiz-+=