Sorting by

×

TIGA PELAJAR ANTARABANGSA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 213

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ALOR GAJAH 10 Mei – Tiga pelajar antarabangsa cedera termasuk seorang daripadanya parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 213 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian kaki, manakala dua lagi penumpang cedera di muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dinaiki lima pelajar antarabangsa yang juga warganegara Pakistan sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke institusi pengajian tinggi swasta yang terletak di Nilai.

Katanya, kemalangan berlaku apabila, kereta jenis Honda City berkenaan yang berada di lorong tengah hendak menukar ke lorong paling kiri sebelum stereng kenderaan dipercayai mengalami kerosakan dan menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan, lalu terbabas ke bahu jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, tiga mangsa mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah, manakala dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Salah seorang penumpang berusia 20 tahun kini berada di zon merah akibat kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan yang dinaiki mangsa kini telah dibawa ke PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

608
Kongsi :
Previous post MELAKA REKOD TIGA KES KEMATIAN PENYU KARAH TAHUN INI
Next post YB HELMY MAHU MASJID DI DUYONG JANA PENDAPATAN SENDIRI, BANTU UMMAH