Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja

Masa Membaca:57 Saat

BATU PAHAT 8 Julai – Polis menahan tiga lelaki warga asing semalam, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Muhamad Izzudin Runggai berkata, dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai video itu semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Muhamad Izzudin Runggai. Foto – Astro Awani.

“Mangsa adalah seorang lelaki warga Sri Lanka dan merupakan pekerja kilang itu. Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Sri Gading.

Tangkap layar rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki warga asing dipercayai bergaduh dalam kejadian di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, Batu Pahat, Johor hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

952
Kongsi :
Previous post UMNO tarik balik sokongan kepada PM serta-merta
Next post ‘Ingatlah akhirat ketika jaga kebajikan rakyat’
Ubah saiz-+=