
Tiga warga asing maut, empat parah kereta bertembung di Lebuhraya SKVE
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.42 malam dan apabila tiba di lokasi kemalangan, didapati terdapat sebuah kereta Toyota Unser dan sebuah Honda HR-V bertembung yang mengakibatkan tujuh mangsa tersepit.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.16 tengah malam dengan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua warga asing itu menaiki Toyota Unser dan didapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala lelaki tempatan berkenaan memandu Honda HR-V.
Katanya tiga mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, seorang lagi dibawa ke Hospital Banting manakala tiga yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI PUJI PERSEMBAHAN BERIRAMA SK TENGKERA DUA
KESIDANG 19 Oktober - Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera Dua, atas kejayaan meraih naib johan pada...
PROGRAM MESRA LESEN REKOD 1,909 PERMOHONAN SEPANJANG 2026
AYER KEROH 19 Oktober - Program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Lesen Motosikal Kelas B2 merekodkan sebanyak 1,909 permohonan dalam kalangan...
KEHARMONIAN KAUM KUNCI KESTABILAN, KEMAJUAN MELAKA
KESIDANG 19 Oktober - Keharmonian masyarakat berbilang kaum di Melaka perlu terus dipertahankan bagi memastikan kestabilan negeri dan kelancaran ekonomi...
POTENSI KAMPUNG 6 JADI DESTINASI PELANCONGAN MAKANAN
KESIDANG 19 Oktober - Kampung 6, berpotensi menjadi antara lokasi tarikan pelancongan di Melaka menerusi keunikan sajian makanan serta kemeriahan...
PRN MELAKA: MCMC, SPR PASTIKAN LIPUTAN INTERNET LANCAR, TIDAK JEJASKAN SISTEM OCR-VA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Lokasi urusan pilihan raya yang pada awalnya dicadangkan di Dewan Penyayang, Lesung Batu ditukar ke...
BN SASAR SAPU BERSIH LIMA DUN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober- Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor...
