Timbalan Menteri MITI, Lim Ban Hong positif COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KLEBANG 22 Mac- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19 sejak semalam.

Menerusi Facebook rasminya hari ini, Ban Hong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata sebelum ke Parlimen semalam, beliau telah menjalani ujian kendiri COVID-19.

Katanya, hasil ujian terbabit bagaimanapun mendapati dirinya telah positif COVID-19 dan telah menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) bagi pengesahan.

“Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian RT-PCR yang mengesahkan bahawa saya dijangkiti Covid-19.

“Semalam 21-3-2022 sebelum ke Parlimen, saya telah menjalani ujian saliva yang menunjukkan tanda “dua garisan” iaitu positif.

“Ekoran daripada itu, saya telah melakukan kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu keputusan ujian RT-PCR untuk pengesahan,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Ban Hong turut meminta maaf buat mereka yang menjadi kontak rapat dan meminta untuk sentiasa berjaga-jaga dalam konteks menjaga kesihatan.

“Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan untuk mereka yang merupakan kontak rapat kepada saya, sila lakukan ujian atau mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1918
Kongsi :
Previous post Sambutan Hari Seniman hargai sumbangan P.Ramlee, seniman negara
Next post Contohi Melaka tempatkan CeiO di setiap jabatan, agensi
Ubah saiz-+=