Contohi Melaka tempatkan CeiO di setiap jabatan, agensi

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

TELOK MAS 22 Mac – Inisiatif kerajaan negeri Melaka menempatkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeiO) di setiap agensi dibawahnya bagi membendung budaya rasuah dalam kalangan penjawat awam perlu dijadikan contoh kepada negeri lain.

Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeiO) Malaysia Ahmad Sabri Mohamed berkata, di Melaka kini terdapat seramai 25 pegawai CeiO yang bertugas di setiap agensi dan jabatan di negeri ini manakala keseluruhan di Malaysia seramai 1, 500 orang.

Beliau berkata, perlantikan CeiO tidak terhad kepada agensi kerajaan semata-mata sebaliknya sebahagian besar terdiri daripada mereka di sektor swasta yang menjadi nilai tambah kepada sesebuah organisasi dalam mengawal berlakunya aktiviti rasuah.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka kerana mewujud dan pastikan setiap agensi dibawah kerajaan negeri ini ada CeiO kerana ini adalah satu pendekatan konsep kawalan dalaman kerana kita tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada SPRM sahaja.

“Orang Melaka boleh bangga kerana tidak semua negeri yang menempatkan pegawai CeiO di jabatan mahupun agensi. Pendekatan diambil kerajaan negeri ini sepatutnya dipuji dan dijadikan contoh kepada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jalinan Kerjasama Antara SPRM Melaka Dengan CeiO – Memartabatkan Integriti Dalam Perkhidmatan 2022, dan hadir sama Pengarah SPRM Melaka Shahril Che Saad, di Pejabat SPRM di Alai, hari ini.

Menurut beliau, isu integriti ini adalah isu dalaman yang mana setiap organisasi berdepan dengannya dan kewujudan CeiO di setiap agensi terbukti berkensan apabila dapat mengawal isu dalaman ini berlaku.

“Konsep dan pendekatan digunakan ini mendatangkan hasil apabila Pengarah Melaka SPRM mengakui ianya dapat di urus dan dikawal kecuali kes besar yang membabitkan penguatkuasaan undang-undang serta perlu dirujuk kepada pihak berkaitan bagi tindakan lanjut.

“Walaupun mereka (pegawai CeiO) berdepan pelbagai cabaran untuk mengambil tindakan dalaman kepada individu yang disyaki terbabit namun kita ada Akta Perlindungan untuk melindungi pihak yang memberi maklumat,” katanya.

Terdahulu, seramai 25 pegawai CeiO negeri ini yang mewakili agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini hadir menyertai Program Jalinan Kerjasama Antara SPRM Melaka Dengan CeiO.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1231
Kongsi :
Previous post Timbalan Menteri MITI, Lim Ban Hong positif COVID-19
Next post Perkhidmatan digital: JPJ tidak akan kurangkan anggota
Ubah saiz-+=