
TINGKAT KEFAHAMAN WARGA MPJ MENGENAI SSPA
JASIN 23 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil inisiatif memberi penerangan dan kefahaman tentang Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) melibatkan 200 kakitangannya.
Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, sesi penerangan dilaksanakan meliputi aspek pelarasan gaji dan kemudahan yang telah ditambah baik.
“Sesi taklimat ini diadakan secara berperingkat melibatkan semua jabatan dan unit di MPJ bagi memberi penerangan berhubung pelaksanaan SSPA.
“SSPA adalah inisiatif diperkenalkan kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam serta pelaksanaan pembaharuan reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030,” katanya.
Taklimat berkenaan telah disampaikan Penolong Pegawai Tadbir MPJ, Mohd Zulfakar Abd Mutalib dalam sesi taklimat berlangsung di Vista Alamanda MPJ, pada Isnin.
Pada majlis sama turut berlangsung sesi penyerahan dan menandatangani Borang Opsyen SSPA melibatkan semua warga MPJ.
Menurut Mohd Shaiful, borang berkenaan digunakan oleh penjawat awam untuk membuat pilihan mereka berkenaan dengan pelaksanaan sistem saraan baharu.
“Penjawat awam perlu menyatakan pilihan mereka sama ada untuk menerima sistem saraan baharu atau kekal dalam sistem saraan lama,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:

Berita Lain
UNIMEL KEKAL PILIHAN MAJIKAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT
AYER KEROH 28 November – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengekalkan pengiktirafan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Negeri (IPTN) pilihan majikan di...
‘PUTERA PUTERI DONDANG SAYANG X CABARAN ZAPIN’ HIDUPKAN WARISAN MELAKA
BANDA HILIR 28 November - Penganjuran Program Putera Puteri Dondang Sayang X Cabaran Zapin berpotensi menjadi antara pengisian pelancongan berasaskan...
MELAKA PERLUAS SOKONGAN KELUARGA, INSENTIF BAHARU MENANTI 2027
GADEK 28 November - Kerajaan Negeri akan memperluas sokongan kepada institusi keluarga menjelang 2027 menerusi pemberian sagu hati kepada pasangan...
SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DIMINTA PERKUKUH SOP MAKANAN, PEKA ADUAN PELAJAR
RIM 28 November - Pengurusan semua sekolah di negeri ini diminta memperkemas prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penyediaan makanan bagi...
MELAKA SASAR TINGKAT INDEKS KESEJAHTERAAN KELUARGA
GADEK 28 November - Melaka mencatatkan skor 7.83 daripada skala 10 bagi Indeks Kesejahteraan Keluarga berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan...
PROGRAM INTEGRITI AMALAN SETIAP PBT DI MELAKA
BANDA HILIR 28 November – Setiap jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan program tersendiri...

