‘Tinted’ gelap bukan alasan anak tertinggal dalam kenderaan

Masa Membaca:53 Saat

BATU BERENDAM 13 November -Dakwaan penggunaan cermin kereta gelap menjadi antara faktor utama kes kematian kanak-kanak tertinggal dalam kereta tidak boleh diterima.

Dengan tegas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penggunaan cermin kereta gelap adalah demi keselamatan semua pengguna jalanraya dan perkara itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, kenyataan sedemikian tidak wajar dijadikan alasan.

“Yang pertamanya,  saya rasa itu satu alasan.

“Sekalipun kereta itu ‘tinted’ takkan ‘you’ tidak tahu anak ‘you’  dalam kereta ‘you’?,” jelasnya ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media media selepas Majlis Pelancaran Bot ‘Hydroglyder’ yang menggunakan teknologi elektrik di sebuah kilang di Batu Berendam di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan penggunaan cermin kereta gelap antara faktor penjaga terlupa menurunkan anak di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

Setakat Oktober lepas sehingga kini, sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1084
Kongsi :
Previous post Malaysia miliki kepakaran pembuatan EV darat dan laut
Next post PM Anwar harap Nurul Ain kongsi situasi di Gaza sebaik pulang ke tanah air
Ubah saiz-+=