TMM2024: 4 buah kereta menanti pemenang bertuah bulan ini

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KOTA LAKSAMANA 13 April – Sebanyak empat buah kereta bakal menanti pemenang dalam kempen Bercuti dan Menang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bagi suku pertama 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, empat pemenang itu diumumkan pada program Cabutan Bertuah Mega, bulan ini.

“Sempena TMM2024, Kerajaan Negeri akan mengumumkan seorang pemenang bertuah untuk memiliki sebuah kereta pada setiap bulan.

“Jadi, pada April, kita akan mengumumkan seramai empat pemenang yang akan memandu pulang empat buah kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ke-100 Tahun Villa Sentosa, Kampung Morten, di sini, hari ini.

Sambutan itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Low Chee Leong serta tetamu lain.

Menurut Ab Rauf, sambutan TMM2024 yang memasuki bulan keempat telah menunjukkan perkembangan positif.

Kata beliau, setakat April, seramai 3.7 juta pelancong direkodkan dan menyasarkan peningkatan terus dicapai pada setiap bulan.

“Pelancong Melaka mencatat perkembangan positif dan jumlah ini bukan sahaja dikira dari segi kemasukan pelancong malah ia direkodkan menerusi indikator peningkatan utiliti bil air dan elektrik yang diterima hotel-hotel di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post Ramadan, Syawal di Melaka sungguh meriah
Next post Teratak 100 tahun medan pertemuan 400 ahli keluarga
Ubah saiz-+=