TMM2024: 8 pintu masuk ke Melaka akan diceriakan

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

LENDU 14 Disember – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka diberi peranan penting untuk mengindah serta menceriakan lapan pintu masuk utama ke negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, keceriaan dan proses pengindahan pintu masuk ini perlu dilakukan bagi meraikan kehadiran lebih 9 juta pengunjung dan pelancong yang diasarkan bakal datang ke Melaka sempena TMM2024 itu.

“Pintu masuk ke Melaka ada lapan, bukan sahaja di Ayer Keroh, Simpang Ampat atau Kuala Linggi tetapi termasuk pintu masuk utama di Lebuhraya Utara Selatan di Jasin.

“Setiap lapan pintu masuk ini akan diberi tugas dan tanggungjawab kepada PBT di kawasan berkenaan untuk mengindahkan kawasan tersebut, seterusnya di kawasan sekitar yang mempunyai nilai pelancongan termasuk di kawasan ekopelancongan seperti Kuala Linggi atau di kawasan Laman Tiga Budaya, Asahan,” katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, keindahan dan keceriaan di pintu masuk utama ke Melaka itu sekali gus mahu memastikan Kerajaan Negeri bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dan pengunjung yang datang.

“Ia sekali gus dapat membantu ‘people economy’ termasuk penjual hasil kraftangan dan pengusaha inap desa yang mana mereka ini mendapat pulangan hasil daripada dasar kerajaan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1590
Kongsi :
Previous post COVID-19: KKM keluar arahan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat
Next post Melaka ke arah ‘warga digital’
Ubah saiz-+=