TMM2024: Lima acara pelancongan sepanjang Julai

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 30 Jun – Lima acara pelancongan menarik disusun bagi memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sepanjang Julai.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lima program terbabit turut disertakan dengan pelbagai tawaran menarik buat pengunjung bertuah.

Katanya, antara lima program terbabit adalah Muhibah Budaya Jalur Rempah: Kapal Dewa Ruci Indonesia pada 30 Jun hingga 3 Julai 2024 yang merupakan persinggahan kapal bersejarah Indonesia ke Melaka.

“Acara kedua, Ceramah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Negeri Melaka pada 6 Julai 2024, di Stadium Hang Jebat.

“Acara ketiga adalah Melaka Heritage Festival sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya UNESCO pada 12 hingga 14 Julai 2024 dengan pelbagai pengisian seperti Fiesta Kebaya Nyonya, Pementasan Teater “Tuah – Sahmura Lagenda” yang akan berlangsung di Jalan Kota, Bangunan Stadhuys dan Encore Melaka.

“Acara keempat; Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Night Life pada 12 Julai 2024; dan acara kelima adalah merasai keunikan budaya Belanda dengan pelbagai aktiviti kebudayaan di program Malakka Dutch Week pada 13 Julai 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya merasmikan Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP) di sini malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

169
Kongsi :
Previous post MMKN di setiap DUN, usaha merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri
Next post TMM2024: Melaka rekod kehadiran 6.3 juta pelancong
Ubah saiz-+=